~ Majis Guru Bimbingan & Kaunseling ~ Sedia Membantu Ahli ~



Thursday, June 3, 2010

KURSUS MEMBITARAKAN PROFESIONALISME PERKHIDMATAN GBSR PETALING PERDANA

Guru B&K naik bas untuk ke Port Dickson

Pendaftaran di Hotel Permaisuri Port Dickson

Taklimat ringkas dari Cik Azizah Zamzurina Pegawai Kokurikulum PPD

En. Mohd Rozali b. Senik memberi penerangan yang ringkas tapi padat tentang murid KWAMP dan SBT

Slot PPDa oleh Tn. Ahmad Normi b. Tuan Mat

Slot Pengurusan Unit B&K telah disampaikan oleh Pn. Hjh Wan Fauziah bt. Wan Abdullah

En. Khairuddin b. Mohd Amin menyampaikan slot Kaunseling Berfokus.

En. Mohamad Yaakob b Hj Md Napiah menyampaikan 2 slot dalam kursus ini.


Naib pengerusi MGBK En. Malik Hassan b. Mohamad merumuskan pengalaman berharga sepanjang kursus dijalankan.

Penyampaian cenderamata daripada MGBK kepada penceramah...terima kasih daun keladi..InsyaAllah lain kali kami jemput lagi...


Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2010
Tempat : Hotel Permaisuri Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anjuran : PPD Petaling Perdana

Tentatif Program :

25 Mei 2010
  • Pendaftaran di Hotel Permaisuri Port Dickson
  • Taklimat Kursus oleh Pn. Hjh Wan Fauziah bt Wan Abdullah, Cik Azizah Zamzurina dan En. Mohd Rozali b. Senik dari PPD Petaling Perdana.
  1. En. Rozali meminta guru B&K mengenal pasti murid yang mendapat KWAMP, SBT, RMT di sekolah masing-masing serta memberi bimbingan kepada murid-murid ini.

26 Mei 2010
  • Slot 1 : Program Pendidikan Pencegahan Dadah
Oleh : Tuan Ahmad Normi b. Tuan Mat iaitu Pegawai Pencegahan Dadah & Unit Disiplin PPD.

  1. Guru B&K dikehendaki membantu program PPDa di sekolah kerana guru B&K adalah merupakan AJK bagi JK PPDa sekolah.
  2. Minggu Anti Dadah peringkat antarabangsa adalah pada 26 Jun setiap tahun.
  3. Minggu Anti Dadah peringkat kebangsaan adalah pada 19 Februari setiap tahun.
  4. Sekolah Bebas Dadah 2012
  5. Sebarang masalah berkaitan PPDa boleh hubungi Tn. Ahmad Normi HP : 019-2151009
  • Slot 2 : Pengurusan Unit B&K
Oleh : Hjh Wan Fauziah bt. Wan Abdullah iaitu Pegawai Kaunselor HEM, PPD.

  • Slot 3 : Kaunseling Berfokus Negeri Selangor
Oleh : En. Khairuddin b. Mohd Amin
Penolong Pengarah Kanan Bidang B&K, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPS
  1. Tujuan dijalankan Program Kaunseling Berfokus adalah untuk membantu murid mengatasi masalah.
  2. Guru B&K perlu proaktif dalam mendapatkan data SSDM, Displin dan peperiksaan bagi mengenalpasti kelemahan murid dan selepas itu rancang aktiviti dan program bagi membantu murid-murid ini untuk menyerlahkan personaliti murid.
  3. Dicadangkan pada akhir tahun guru B&K telah membuat proposal untuk aktiviti B&K untuk tahun hadapan dan berbincang dengan guru besar akan program2 yang sesuai dan releven dengan masalah murid sekolah.
  4. Jalankan kajian keperluan sekolah dan selepas itu jalankan kajian tindakan sekolah berfokuskan kepada akademik dan disiplin.
  5. Laporan Setengah Tahun Pertama Program Kaunseling Berfokus perlu dihantar pada bulan Jun.
  • Slot 4 : Pengurusan Stres
Oleh : En. Mohamad Yaakob b. Hj Md Napiah
Kaunselor Organisasi PPD.
  1. Guru B&K perlu membantu murid, guru dan staf sekolah.
  2. Kaunseling adalah proses kasih sayang.
  3. Lihat dan kenalpasti emosi dengan melihat kepada tingkah laku klien.
  • Slot 5 : Ketrampilan Positif Melambangkan Kerjaya sebagai Guru B&K Cemerlang
Oleh : En. Mohamad Yaakob b. Hj Md Napiah
Kaunselor Organisasi PPD
  1. Gaya penampilan - paras rupa, tubuh badan, pakaian dan perhiasaan yang menarik dan selesa dilihat.
  2. Pertuturan - intonasi, picing, kata yang sesuai dan mesra.
  3. Tingkah laku - perbuatan dan amalan yang menunjukkan sedia membantu.
  4. Pemikiran - waras, rasional, berwawasan
  5. Sikap - tindakan yang beretika
  6. Berintegriti - responsif dan boleh diterima
  7. Berkarisma - tarikan psikologi
  • Rumusan dan Penilaian Kursus serta Majlis Penutup
  • Perjalanan Balik ke PPD.
WAJAH-WAJAH PESERTA KURSUS YANG DIATUR OLEH PPD


JK MGBK yang bekerja keras untuk menjayakan kursus ini...tahniah Kak Bie dan Hamidah.

Khusuk nampaknya kawan-kawan...dengar ke mengelamun..ingat rumah...


Makan malam di tepi pantai...sungguh santai.


Penutup kursus kami menyanyikan lagu "Kami Guru Malysia" dengan
penuh semangat.


Home Sweet Home...tapi singah sat di Teluk Kemang nak beli barang untuk anak-anak...

JUMPA LAGI DI KURSUS YANG LAIN PULA...


Tuesday, June 1, 2010

SEMINAR PENINGKATAN PRORESIONALISME GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Pn Hhj Wan Fauziah Pegawai Kaunseling HEM PPD Petaling Perdana menyampaikan ucapan aluan.

En. Asbullah  menyampaikan slot tentang peluang belajar di UPM.

Slot 2 & 3 telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Sidek b. Mohd Noah.
 
Prof Madya Dr Aili Hanim bt Hashim menyampaikan slot tentang Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja.

En. Abdullah b. Anuar juga menyampaikan slot yang sama bersama Dr. Aili.

Ucapan penutupan daripada Pn. Norafizah bt Mohd Nor Kaunselor PPD Petaling Utama.

Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM
Tema : Ke Arah Mengukuhkan Nilai Integriti Guru Bimbingan & Kaunseling Dalam Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di Sekolah
Anjuran : Majlis Guru Kaunseling (MGK) Daerah Petaling Perdana dan Daerah Petaling Utama
Dirasmikan oleh : Pn. Norafizah bt Mohd Nor Kaunselor PPD Petaling Utama

Atur Cara Majlis :
  • Ucapan Aluan PPD Petaling Perdana
           Oleh : Pn. Hjh Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
           Pegawai Kaunseling HEM PPD Petaling Perdana

  • Slot 1 : Peluang-peluang Pembelajaran di UPM
          Oleh : En. Asbullah b. Mohd Yusuf
          Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Akademik UPM

  • Solot 2 : Nilai Integriti Guru Bimbingan dan  Kaunseling
          Oleh : Prof Madya Dr. Sidek b. Mohd Noah
          Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM

  • Slot 3 : Bengkel Taksiran Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS)
          Oleh : Prof Madya Dr. Sidek b. Mohd Noah
          Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

  • Slot 4 : Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja - Isu-isu Dalam Proses Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
          Oleh : Prof. Madya Dr. Aili Hanim bt Hashim
           Jabatan Perubatan Psikologi,
           Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
   
          Oleh : En. Abdullah b. Anuar
          Pegawai Psikologi,
          Jabatan Perubatan Psikologi,
          Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

Jika guru b&k atau ibu bapa mempunyai permasalahan tentang murid-murid atau anak-anak yang bermasalah boleh menghubungi Jabatan Psikologi Universiti Malaya. No telefon : 79493099 (selepas pukul 2.00) atau e-mel abdullah@ummc.edu.my
    
2 pegawai penting untuk 2 Daerah Petaling...

Wajah-wajah guru B&K rendah dan menengah yang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Antara guru B&K yang hadir pada seminar tersebut

Picit jangan tak picit Kak Bie..dan yang lain...

Sesi bertanya soalan...tanya jangan tak tanya...
  

Tuesday, May 11, 2010

MESYUARAT JK MGBK BIL 1/2010



Mesyuarat JK MGBK kali pertama telah diadakan mengikut ketetapan di bawah :-

Tarikh :4 Mei 2010
Masa : 2.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : SK TUDM Subang
Hadir Bersama : En. Khairuddin b.Mohd Amin & Pn. Wan Fauziah bt. Abdullah
Kehadiran : Semua JK MGBK 2010/2011

Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan Aluan Pengerusi MGBK iaitu Pn. Siti Nabihah bt Hamzah
2. Ucapan Penasihat MGBK iaitu Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
3. Ucapan Penolong Pengarah Kanan Bidang Bimbingan & Kaunseling Hal Ehwal Murid di JPNS iaitu En. Khairudin b. Mohd Amin
4. Perlantikan JK MGBK
5. Laporan Setiausaha (Pn. Hamidah bt. Hassan)
6. Laporan Kewangan oleh Bendahari (Pn. Nik Khatijah bt. Nik Yaacob)
7. Program MGBK 2010
  • 20 Mei 2010 ~ Seminar Peningkatan Profesionalisme di UPM (semua sekolah terlibat)
  • 20 Mei 2010 ~ Makmal Konfrensi Kes di Anjung Perdana (sekolah terpilih sahaja)
  • 25 Mei hinggga 27 Mei 2010 ~ Kursus Pengukuhan Jati Diri dan Ketrampilan Guru Bimbingan Daerah Petaling Perdana dijalankan di Port Dickson (75 orang guru B&K sahaja)
  • 26 Jun 2010 ~ Pelancarang Program Kewangan 1 Malaysia bersama Bank Rakyat di SK Seksyen 9 Shah Alam ( 27 buah sekolah di Shah Alam yang terpilih sahaja)
  • 14 Jun hingga 17 Jun 2010 ~ Lawatan ke Saigon bersama MGK
8. Perlantikan Biro di dalam MGBK
  • Biro Latihan dan Pendidikan
  • Biro Kebajikan
  • Biro Lawatan/Kerja
  • Biro Dokumentasi /ICT
9. Hal-hal Lain
  • Pastikan Laporan Pendidikan Kaunseling Kerjaya telah dihantar ke PPD sebelum atau pada 30 April 2010.
  • Guru B&K boleh mengambil Buku Panduan Perkhidmatan Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah & Menengah yang diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementrian Pelajaran Malaysia mulai hari ini pada Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah di PPD Petaling Perdana.
10. Perasmian Bilik B&K SK TUDM Subang
Potong En Khairudin jangan tak potong...

Banner yang telah ditandatangani oleh En. Khairudin dan Pn. Wan Fauziah.

Tahniah Kak Nabihah..majlis yang sederhana tetapi sangat meriah...

Nanti bila dah siap bilik B&K boleh kami semua datang lagi...nak belajar daripada Kak Bie

TAKLIMAT PROGRAM KEWANGAN 1 MALAYSIA BERSAMA BANK RAKYAT

Ucapan Guru Besar SK TUDM Subang serta taklimat daripada wakil Bank Rakyat

En. Khairudin Mohd Amin dan Pn. Wan Fauziah bt Abdullah hadir bersama di dalam taklimat ini.

Guru B&K daripada 27 sekolah yang terpilih di sekitar Shah Alam menghadiri taklimat.

Satu taklimat kewangan 1 Malaysia telah diadakan mengikut ketetapan berikut :-
Tarikh : 4 Mei 2010 (Selasa)
Tempat : SK TUDM Subang
Disampaikan oleh : En. Zaharin (Bank Rakyat Seksyen 9 Shah Alam)
Sasaran : Guru bimbingan dari 27 buah sekolah di kawasan Shah Alam yang terpilih
Hadir bersama : En. Khairudin b. Mohd Amin dan Pn. Wan Fauziah bt Wan Abdullah

Agenda Taklimat:-
1. Ucapan Aluan Pn. Sarminah bt Saradi Guru Besar SK TUDM Subang
2. Ucapan dan taklimat oleh En. Khairuddin b. Mohd Amin (JPNS)
3. Ucapan dan taklimat oleh En. Zaharin (Wakil Bank Rakyat)

Ada 3 aktiviti yang akan pada 26 Jun 2010 yang melibatkan 27 sekolah terpilih di SK Seksyen 9 Shah Alam adalah :-
1. Pertandingan mewarna kategori A (Pra - 7 tahun), kategori B (8 tahun hingga 9 tahun) dan kategori C (10 tahun hingga 11 tahun)
2. Akademi bola sepak
3. Motivasi UPSR

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh menghubung Pn. Hamidah bt Shamsudin (Guru B&K SK Seksyen 9 Shah Alam) dengan e-mel: bksks9@yahoo.com

Saturday, February 13, 2010

MAJLIS YANG ISTIMEWA











Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : SJKC Serdang Baru 2
Dirasmikan oleh : Yang Berbahagia Pn. Foziah bt. Buang
Pegawai Pelajaran Daerah,
Petaling Perdana.

Slot 1 : Ucapan
1. En. Muhamad Muslim b. Mukhtar(Pengerusi MGBK)
2. En. Chong Yock Sang(Guru Besar SJKC Serdang Baru 2)
3. Pn. Foziah bt. Buang(PPD Petaling Perdana)

Slot 2 : Pelancaran Blog MGBK
http://mgbkpetalingperdana.blogspot.com)
Disempurnakan oleh :
Pn. Foziah bt. Buang
PPD Petaling Perdana

Slot 3 : Motivasi
Tajuk - Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling
Oleh - En. Khairuddin b. Mohd Amin (Penolong Pengarah Unit HEM JPNS)

Slot 4 : Mesyuarat Agung MGBK Kali ke-5

Senarai AJK MGBK 2010/2011
Pengerusi : Pn. Siti Nabiha bt. Hamzah
Naib Pengerusi : En. Malek b. Hassan
Setiausaha : Pn.Hamidah bt. Shamsudin
Naib Setiausaha : Pn. Nor Safwati bt. Mohamad
Bendahari: Nik Khatijah bt. Nik Yaacob
Naib Bendahari : Pn. Fauziah bt. Ahmad
AJK :
Pn. Suria Haryati
Pn. Jayanthe a/p Sree Raman
En. Muhamad Muslim b.Mukhtar
Pn. Juliana bt. Wahid
Pn. Khoo Swee Lian
Pn. Hjh Rogayah bt. M. Yusof
En. Razali b. Hashim
Pn. Hema
En. Nur Ahmad b. Min
Pn. Sanisah
Juru Audit :
En. Razi
Pn. Zalena bt. Mohd Noor

Slot 5 : Majlis Jalinan Kasih

Thursday, February 11, 2010

MESYUARAT AGUNG MGBK KALI KE-5 DAN MAJLIS JALINAN MESRA

MAJLIS PELANCARAN BLOG MGBK
PETALING PERDANA
11 FEBRUARI 2010
SJK(C) SERDANG BARU 2

DISEMPURNAKAN OLEH:
YANG BERBAHAGIA
PN FOZIAH BT BUANG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
PETALING PERDANA

Wednesday, February 10, 2010

MESYUARAT KALI KE-4 MGBK

Tarikh : 9 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 9 pagi hingga 2 petang
Tempat : SJK(C)Serdang Baru 2
Perkara:
1. Ucapan Pengerusi MGBK
2. Ucapan Guru Besar SJK(C) Serdang Baru 2
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4. Perkara Berbangkit.
5. Mesyuarat Agung MGBK Kali ke-5 dan Majlis Jalinan Mesra
6. Penutup