~ Majis Guru Bimbingan & Kaunseling ~ Sedia Membantu Ahli ~



Tuesday, May 11, 2010

MESYUARAT JK MGBK BIL 1/2010



Mesyuarat JK MGBK kali pertama telah diadakan mengikut ketetapan di bawah :-

Tarikh :4 Mei 2010
Masa : 2.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : SK TUDM Subang
Hadir Bersama : En. Khairuddin b.Mohd Amin & Pn. Wan Fauziah bt. Abdullah
Kehadiran : Semua JK MGBK 2010/2011

Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan Aluan Pengerusi MGBK iaitu Pn. Siti Nabihah bt Hamzah
2. Ucapan Penasihat MGBK iaitu Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
3. Ucapan Penolong Pengarah Kanan Bidang Bimbingan & Kaunseling Hal Ehwal Murid di JPNS iaitu En. Khairudin b. Mohd Amin
4. Perlantikan JK MGBK
5. Laporan Setiausaha (Pn. Hamidah bt. Hassan)
6. Laporan Kewangan oleh Bendahari (Pn. Nik Khatijah bt. Nik Yaacob)
7. Program MGBK 2010
  • 20 Mei 2010 ~ Seminar Peningkatan Profesionalisme di UPM (semua sekolah terlibat)
  • 20 Mei 2010 ~ Makmal Konfrensi Kes di Anjung Perdana (sekolah terpilih sahaja)
  • 25 Mei hinggga 27 Mei 2010 ~ Kursus Pengukuhan Jati Diri dan Ketrampilan Guru Bimbingan Daerah Petaling Perdana dijalankan di Port Dickson (75 orang guru B&K sahaja)
  • 26 Jun 2010 ~ Pelancarang Program Kewangan 1 Malaysia bersama Bank Rakyat di SK Seksyen 9 Shah Alam ( 27 buah sekolah di Shah Alam yang terpilih sahaja)
  • 14 Jun hingga 17 Jun 2010 ~ Lawatan ke Saigon bersama MGK
8. Perlantikan Biro di dalam MGBK
  • Biro Latihan dan Pendidikan
  • Biro Kebajikan
  • Biro Lawatan/Kerja
  • Biro Dokumentasi /ICT
9. Hal-hal Lain
  • Pastikan Laporan Pendidikan Kaunseling Kerjaya telah dihantar ke PPD sebelum atau pada 30 April 2010.
  • Guru B&K boleh mengambil Buku Panduan Perkhidmatan Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah & Menengah yang diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementrian Pelajaran Malaysia mulai hari ini pada Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah di PPD Petaling Perdana.
10. Perasmian Bilik B&K SK TUDM Subang
Potong En Khairudin jangan tak potong...

Banner yang telah ditandatangani oleh En. Khairudin dan Pn. Wan Fauziah.

Tahniah Kak Nabihah..majlis yang sederhana tetapi sangat meriah...

Nanti bila dah siap bilik B&K boleh kami semua datang lagi...nak belajar daripada Kak Bie

No comments:

Post a Comment