~ Majis Guru Bimbingan & Kaunseling ~ Sedia Membantu Ahli ~



Thursday, June 3, 2010

KURSUS MEMBITARAKAN PROFESIONALISME PERKHIDMATAN GBSR PETALING PERDANA

Guru B&K naik bas untuk ke Port Dickson

Pendaftaran di Hotel Permaisuri Port Dickson

Taklimat ringkas dari Cik Azizah Zamzurina Pegawai Kokurikulum PPD

En. Mohd Rozali b. Senik memberi penerangan yang ringkas tapi padat tentang murid KWAMP dan SBT

Slot PPDa oleh Tn. Ahmad Normi b. Tuan Mat

Slot Pengurusan Unit B&K telah disampaikan oleh Pn. Hjh Wan Fauziah bt. Wan Abdullah

En. Khairuddin b. Mohd Amin menyampaikan slot Kaunseling Berfokus.

En. Mohamad Yaakob b Hj Md Napiah menyampaikan 2 slot dalam kursus ini.


Naib pengerusi MGBK En. Malik Hassan b. Mohamad merumuskan pengalaman berharga sepanjang kursus dijalankan.

Penyampaian cenderamata daripada MGBK kepada penceramah...terima kasih daun keladi..InsyaAllah lain kali kami jemput lagi...


Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2010
Tempat : Hotel Permaisuri Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anjuran : PPD Petaling Perdana

Tentatif Program :

25 Mei 2010
  • Pendaftaran di Hotel Permaisuri Port Dickson
  • Taklimat Kursus oleh Pn. Hjh Wan Fauziah bt Wan Abdullah, Cik Azizah Zamzurina dan En. Mohd Rozali b. Senik dari PPD Petaling Perdana.
  1. En. Rozali meminta guru B&K mengenal pasti murid yang mendapat KWAMP, SBT, RMT di sekolah masing-masing serta memberi bimbingan kepada murid-murid ini.

26 Mei 2010
  • Slot 1 : Program Pendidikan Pencegahan Dadah
Oleh : Tuan Ahmad Normi b. Tuan Mat iaitu Pegawai Pencegahan Dadah & Unit Disiplin PPD.

  1. Guru B&K dikehendaki membantu program PPDa di sekolah kerana guru B&K adalah merupakan AJK bagi JK PPDa sekolah.
  2. Minggu Anti Dadah peringkat antarabangsa adalah pada 26 Jun setiap tahun.
  3. Minggu Anti Dadah peringkat kebangsaan adalah pada 19 Februari setiap tahun.
  4. Sekolah Bebas Dadah 2012
  5. Sebarang masalah berkaitan PPDa boleh hubungi Tn. Ahmad Normi HP : 019-2151009
  • Slot 2 : Pengurusan Unit B&K
Oleh : Hjh Wan Fauziah bt. Wan Abdullah iaitu Pegawai Kaunselor HEM, PPD.

  • Slot 3 : Kaunseling Berfokus Negeri Selangor
Oleh : En. Khairuddin b. Mohd Amin
Penolong Pengarah Kanan Bidang B&K, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPS
  1. Tujuan dijalankan Program Kaunseling Berfokus adalah untuk membantu murid mengatasi masalah.
  2. Guru B&K perlu proaktif dalam mendapatkan data SSDM, Displin dan peperiksaan bagi mengenalpasti kelemahan murid dan selepas itu rancang aktiviti dan program bagi membantu murid-murid ini untuk menyerlahkan personaliti murid.
  3. Dicadangkan pada akhir tahun guru B&K telah membuat proposal untuk aktiviti B&K untuk tahun hadapan dan berbincang dengan guru besar akan program2 yang sesuai dan releven dengan masalah murid sekolah.
  4. Jalankan kajian keperluan sekolah dan selepas itu jalankan kajian tindakan sekolah berfokuskan kepada akademik dan disiplin.
  5. Laporan Setengah Tahun Pertama Program Kaunseling Berfokus perlu dihantar pada bulan Jun.
  • Slot 4 : Pengurusan Stres
Oleh : En. Mohamad Yaakob b. Hj Md Napiah
Kaunselor Organisasi PPD.
  1. Guru B&K perlu membantu murid, guru dan staf sekolah.
  2. Kaunseling adalah proses kasih sayang.
  3. Lihat dan kenalpasti emosi dengan melihat kepada tingkah laku klien.
  • Slot 5 : Ketrampilan Positif Melambangkan Kerjaya sebagai Guru B&K Cemerlang
Oleh : En. Mohamad Yaakob b. Hj Md Napiah
Kaunselor Organisasi PPD
  1. Gaya penampilan - paras rupa, tubuh badan, pakaian dan perhiasaan yang menarik dan selesa dilihat.
  2. Pertuturan - intonasi, picing, kata yang sesuai dan mesra.
  3. Tingkah laku - perbuatan dan amalan yang menunjukkan sedia membantu.
  4. Pemikiran - waras, rasional, berwawasan
  5. Sikap - tindakan yang beretika
  6. Berintegriti - responsif dan boleh diterima
  7. Berkarisma - tarikan psikologi
  • Rumusan dan Penilaian Kursus serta Majlis Penutup
  • Perjalanan Balik ke PPD.
WAJAH-WAJAH PESERTA KURSUS YANG DIATUR OLEH PPD


JK MGBK yang bekerja keras untuk menjayakan kursus ini...tahniah Kak Bie dan Hamidah.

Khusuk nampaknya kawan-kawan...dengar ke mengelamun..ingat rumah...


Makan malam di tepi pantai...sungguh santai.


Penutup kursus kami menyanyikan lagu "Kami Guru Malysia" dengan
penuh semangat.


Home Sweet Home...tapi singah sat di Teluk Kemang nak beli barang untuk anak-anak...

JUMPA LAGI DI KURSUS YANG LAIN PULA...


No comments:

Post a Comment