~ Majis Guru Bimbingan & Kaunseling ~ Sedia Membantu Ahli ~



Monday, February 23, 2009

2. Taklimat Pengurusan & Perkhidmatan B&K - 23/02/09

Taklimat ini telah dijalankan di Berjaya University of Hospitality di Berjaya Times Square
Tentatif program
1. Ucapan Pegawai Kaunseling HEM Petaling Perdana - Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
2. Ucapan Pegawai Kaunseling Petaling Utama - Pn.Norafiza bt. Mohamed Nor
3. Ucapan wakil Berjaya University College of Hospitality
4. Taklimat Penolong Pengarah Unit HEM JPS - En. Khairuddin b. Mohd Amin
5. Tour ke Berjaya University College untuk mengetahui lebih dekat lagi program yang ada di universiti ini.

KANDUNGAN TAKLIMAT OLEH EN. KHAIRUDDIN MOHD AMIN
  • Modul Perkhidmatan B&K
  1. Buku modul sekolah rendah masih dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
  2. Guna modul ini sewaktu kelas ganti - maksimum 10 waktu seminggu.
  3. Pastikan guru bimbingan menghantar buku rekod setiap minggu dan ditandatangai oleh guru besar.
  • Buku Rekod Kaunseling
  1. Sila sediakan cek dan buku rekod boleh diambil di PPD
  2. Pastikan analisa di dalam buku rekod sentiasa dikemaskini melibatkan perkhidmatan kaunseling dan program.
  3. Masukkan juga aktiviti yang guru bimbingan buat seperti mengendali perhimpunan rasmi.
  • Perancangan Program & Aktiviti UBK
  1. Buat kajian keperluan untuk mengenal pasti program yang sesuai untuk sekolah masing-masing.
  2. Keutamaan perlu diberi kepada program untuk meningkatkan disiplin pelajar dan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
  3. Adakan tema yang sesuai untuk setiap bulan bagi menghidupkan lagi program B&K.
  • Unit Pembimbing Rakan Sebaya
  1. Mengikut kesesuaian sekolah dan boleh berjalan semasa aktiviti kokurikulum.
  • Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya
  1. Aktiviti yang mengembirakan dan menyeronokkan pelajar untuk menerokai potensi diri.
  2. Bagi sekolah rendah aktiviti yang boleh dilibatkan ialah Poster Kerjaya, Folio Kerjaya & Model Kerjaya.
  3. Beri peluang untuk pelajar menyertai aktiviti ini.
  • Anugerah Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
  1. Pastikan bilik B&K ceria dan selesa.
  2. Contoh sekolah yang mempunyai bilik B&K yang cantik, ceria dan kondusif adalah SMK Cheras Jaya - PPD Hulu Langat.
  • Program Kaunseling Berfokus
  1. Masalah Disiplin - ambil beberapa pelajar dan bimbing dan pantau pelajar ini supaya masalah disiplin seperti poteng, datang lewat dan sebagainya dapat dikurangkan.
  2. Masalah Akademik - ambil beberapa pelajar cemerlang dan galus untuk dibimbing dan dipantau pelajaran. Lihat perkembangan dan bantu untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar tersebut.
  • Kajian Kes
  1. Digalakkan jika di sekolah ada kes untuk dibuat kajian.
  • Perkembangan Staf
  1. Guru Bimbingan memberi ceramah atau taklimat mengenai perkhidmat B&K dan motivasi. Jika sukar untuk memberi ceramah boleh meminta penceramah jemputan untuk menyampaikan.
  • Pelaksanaan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
  1. Masa balik dan cuti guru bimbingan adalah sama seperti guru akademik biasa.
  • Pemantauan PPD, JPN dan KPM
  1. Pemantauan oleh PPD, JPN dan KPM akan dibuat. Oleh itu diminta semua sekolah bersedia.
  • Guru Bimbingan lebih dari seorang
  1. Jika guru bimbingan di sekolah lebih daripada seorang pastikan tugas-tugas guru bimbingan dibahagikan antara mereka supaya kerja yang berat akan menjadi ringan bila dibuat bersama-sama.

Sunday, February 22, 2009

1. Bengkel Guru Bimbingan & Kaunseling ~ 18/02/09

Bengkel ini telah dijalankan di Kolej Inti, Subang Jaya.
Tentatif Bengkel Guru Bimbingan & Kaunseling.
1. Ucapan Pengerusi MGK - Pn. Hjh Abidah
2. Ucapan Pengerusi MGBK - En. Muhd Muslim
3. Ucapan Pengetua Kolej Inti Subang Jaya
4. Ucapan Pegawai Kaunseling Daerah Petaling Perdana - Pn. Wan Fauziah
5. Sesi Percambahan Ilmu bersama Pn. Hjh Abidah mengenai Bidang Tugas Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
6. Mesyuarat MGK dan MGBK
Program ini telah melibatkan seorang wakil guru bimbingan dan guru kaunseling bagi setiap sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Petaling Perdana.

Senarai JK MGBK 2009 ~ 2010

Penasihat : Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah ~ gie.rodee@gmail.com
Pengerusi : Muhd Muslim b. Mukhtar ~ mdmuslim54@gmail.com
Naib Pengerusi : Razali b. hashim ~ hashim_razali@yahoo.com
Setiausaha :Noorazlina bt Abdul Kadir ~
Naib Setiausaha : Nor Laily bt Mohd Yusof ~
Bendahari : Siti Zubaidah bt Hashim ~
Naib Bendahari : Mohd Faizal b. Abdul Rahman ~
AJK :-
Siti Nabiha bt. Hamzah ~
Hamidah bt Shamsudin ~
Mahindran a/l Rajagopal ~
Rogayah bt. Mohamed Yusof ~
Kamarudin b. Abdul Rashid ~
Zalena bt Mohd Noor ~
P. Sarasvati a/p ~
Zuraime b. Zakaria ~ myzurza@streamyx.com
Juliana bt. Wahid ~ sks2bk.bnk@gmail.com
Juru Audit :-
Jayanthe a/p P Sree Raman ~
Khoo Swee Lian ~