Tema tahun ini adalah "Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara". Program ini telah diadakan pada 18 April 2009 bertempat di Kolej Antarabangsa KBU di Bandar Utama. Program ini telah dirasmikan oleh En. Khairuddin b. Mohd Amin (Penolong Pengarah Kaunseling JPNS)
Antara aktiviti yang melibatkan sekolah rendah adalah :-
1. Pertandingan melukis poster.
2. Pertandingan model kerjaya.
3. Pertandingan Folio kerjaya.
Antara aktiviti yang melibatkan sekolah menengah adalah :-
1. Pertandingan Sketsa Kerjaya.
2. Pertandingan Kiosk Kerjaya.
3. Pertandingan Media Maklumat Kerjaya.
4. Pertandingan Kain Rentang.
5. Pertandingan Kuiz Kerjaya.
6. Pertandingan Poster Kerjaya.
7. Pertandingan Folio Kerjaya.
8. Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya.
9. Pertandingan Model Kerjaya.
Matlamat :-
Matlamat Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya adalah untuk membantu murid menyediakan diri dan membina maklumat dalam dunia kerjaya yang sesuai dan selaras dengan kebolehan, minat, pengalaman, kelayakan akademik dan keterampilan bakat mereka. Untuk mencapai matlamat ini, murid tidak hanya diberikan input akademik tetapi juga kemahiran seperti kemahiran merancang kerjaya masa depan dengan tepat dan mantap.
Objektif :-
1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid dengan proses pendidikan ke arah sesuatu bidang kerjaya.
2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikian dan kefahaman murid mengenai sesuatu kerjaya di bidang sains dan teknologi.
3. Membuka minda dan mendidik murid tentang kerjaya yang diterokai. 4. Mempertingkatkan kesedaran murid dalam kerja-kerja penyebaran maklumat secara berkesan.
5. Membentuk kreativiti murid dalam kerja-kerja penyebaran maklumat secra berkesan.
6. Membina keyakinan dalam diri murid sewaktu berhadapan dengan khalayak.
tarikh karnival ni valid ke tak.sebab tarikh nya tahun 2009.atau karnival ni memang untuk tahun lepas?
ReplyDelete