~ Majis Guru Bimbingan & Kaunseling ~ Sedia Membantu Ahli ~



Tuesday, May 19, 2009

SEMINAR MEMBITARAKAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Program ini telah dijalankan mengikut ketetapan berikut :-
  • Tarikh - 14 Mei 2009
  • Tempat - Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

Tentatif Program

  • Ucapan Pengerusi MGK Daerah Petaling Perdana - Pn. Hjh Abidah bt. Omar
  • Ucapan Pegawai Kaunseling PPD Petaling Perdana - Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
  • Ucapan Perasmian
  • Taklimat B&K dan post mortem Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat Daerah Petaling Perdana & Peringkat Negeri Selagor.

Personalia - Pn. Hjh Dasimah bt. Jalun - Folio Kerjaya.

- Pn. Julia bt Abu Sari -

- Pn. Lily Normala bt. Mahdi -

  • Ceramah 1 - Tn. Azlan b. Abdul Jalil (IP Minda SDN BHD)

"Budaya Kerja Cemerlang & Kaunselor Amanah dan dedikasi"

  • Ceramah 2 - Prof. Madya Dr. Sidek b. Mohd Noah

"Teori dan Proses Kuanseling Individu & Kelompok"

Friday, May 1, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PETALING PERDANA

Tema tahun ini adalah "Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara". Program ini telah diadakan pada 18 April 2009 bertempat di Kolej Antarabangsa KBU di Bandar Utama. Program ini telah dirasmikan oleh En. Khairuddin b. Mohd Amin (Penolong Pengarah Kaunseling JPNS)

Antara aktiviti yang melibatkan sekolah rendah adalah :-
1. Pertandingan melukis poster.
2. Pertandingan model kerjaya.
3. Pertandingan Folio kerjaya.

Antara aktiviti yang melibatkan sekolah menengah adalah :-
1. Pertandingan Sketsa Kerjaya.
2. Pertandingan Kiosk Kerjaya.
3. Pertandingan Media Maklumat Kerjaya.
4. Pertandingan Kain Rentang.
5. Pertandingan Kuiz Kerjaya.
6. Pertandingan Poster Kerjaya.
7. Pertandingan Folio Kerjaya.
8. Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya.
9. Pertandingan Model Kerjaya.

Matlamat :-
Matlamat Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya adalah untuk membantu murid menyediakan diri dan membina maklumat dalam dunia kerjaya yang sesuai dan selaras dengan kebolehan, minat, pengalaman, kelayakan akademik dan keterampilan bakat mereka. Untuk mencapai matlamat ini, murid tidak hanya diberikan input akademik tetapi juga kemahiran seperti kemahiran merancang kerjaya masa depan dengan tepat dan mantap.

Objektif :-
1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid dengan proses pendidikan ke arah sesuatu bidang kerjaya.
2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikian dan kefahaman murid mengenai sesuatu kerjaya di bidang sains dan teknologi.
3. Membuka minda dan mendidik murid tentang kerjaya yang diterokai. 4. Mempertingkatkan kesedaran murid dalam kerja-kerja penyebaran maklumat secara berkesan.
5. Membentuk kreativiti murid dalam kerja-kerja penyebaran maklumat secra berkesan.
6. Membina keyakinan dalam diri murid sewaktu berhadapan dengan khalayak.

MAJLIS MESRA BERSAMA KAUNSELOR & PELANCARAN PROJEK KOMUNITI SEKOLAH BERSAMA KOLEJ ANTARABANGSA KBU

Program ini telah dijalankan pada 15 April 2009 di Kolej Antarabangsa KBU di Bandar Utama. Program ini melibatkan semua guru bimbingan dan kaunselor Daerah Petaling Perdana dan Daerah Petaling Utama.
Aturcara Majlis :-
  • Ucapan Aluan oleh En. See Hoon Peow, Pengetua Kolej Antarabangsa KBU.
  • Ucapan Pn. Ruzaini dari PPD Petaling Utama.
  • Ucapan En. Shamsul Azhar dari PPD Petaling Perdana
  • Salam Perkenalan dari Kolej Antarabangsa KBU
  • Majlis Pelancaran Projek Komuniti Sekolah serta Penyerahan Buku Kecil untuk kaunselor sekolah menengah dan Poster "Secrets of Learning" kepada guru bimbingan sekolah rendah.
  • Ceramah khas yang bertajuk "Guru Kaunseling : Cabaran dan Dugaan" oleh Yang Bahagia Tan Sri Dato' Seri Dr Yahya b. Ibrahim.