Tentatif program
1. Ucapan Pegawai Kaunseling HEM Petaling Perdana - Pn. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
2. Ucapan Pegawai Kaunseling Petaling Utama - Pn.Norafiza bt. Mohamed Nor
3. Ucapan wakil Berjaya University College of Hospitality
4. Taklimat Penolong Pengarah Unit HEM JPS - En. Khairuddin b. Mohd Amin
5. Tour ke Berjaya University College untuk mengetahui lebih dekat lagi program yang ada di universiti ini.
KANDUNGAN TAKLIMAT OLEH EN. KHAIRUDDIN MOHD AMIN
- Modul Perkhidmatan B&K
- Buku modul sekolah rendah masih dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
- Guna modul ini sewaktu kelas ganti - maksimum 10 waktu seminggu.
- Pastikan guru bimbingan menghantar buku rekod setiap minggu dan ditandatangai oleh guru besar.
- Buku Rekod Kaunseling
- Sila sediakan cek dan buku rekod boleh diambil di PPD
- Pastikan analisa di dalam buku rekod sentiasa dikemaskini melibatkan perkhidmatan kaunseling dan program.
- Masukkan juga aktiviti yang guru bimbingan buat seperti mengendali perhimpunan rasmi.
- Perancangan Program & Aktiviti UBK
- Buat kajian keperluan untuk mengenal pasti program yang sesuai untuk sekolah masing-masing.
- Keutamaan perlu diberi kepada program untuk meningkatkan disiplin pelajar dan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
- Adakan tema yang sesuai untuk setiap bulan bagi menghidupkan lagi program B&K.
- Unit Pembimbing Rakan Sebaya
- Mengikut kesesuaian sekolah dan boleh berjalan semasa aktiviti kokurikulum.
- Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya
- Aktiviti yang mengembirakan dan menyeronokkan pelajar untuk menerokai potensi diri.
- Bagi sekolah rendah aktiviti yang boleh dilibatkan ialah Poster Kerjaya, Folio Kerjaya & Model Kerjaya.
- Beri peluang untuk pelajar menyertai aktiviti ini.
- Anugerah Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
- Pastikan bilik B&K ceria dan selesa.
- Contoh sekolah yang mempunyai bilik B&K yang cantik, ceria dan kondusif adalah SMK Cheras Jaya - PPD Hulu Langat.
- Program Kaunseling Berfokus
- Masalah Disiplin - ambil beberapa pelajar dan bimbing dan pantau pelajar ini supaya masalah disiplin seperti poteng, datang lewat dan sebagainya dapat dikurangkan.
- Masalah Akademik - ambil beberapa pelajar cemerlang dan galus untuk dibimbing dan dipantau pelajaran. Lihat perkembangan dan bantu untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar tersebut.
- Kajian Kes
- Digalakkan jika di sekolah ada kes untuk dibuat kajian.
- Perkembangan Staf
- Guru Bimbingan memberi ceramah atau taklimat mengenai perkhidmat B&K dan motivasi. Jika sukar untuk memberi ceramah boleh meminta penceramah jemputan untuk menyampaikan.
- Pelaksanaan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
- Masa balik dan cuti guru bimbingan adalah sama seperti guru akademik biasa.
- Pemantauan PPD, JPN dan KPM
- Pemantauan oleh PPD, JPN dan KPM akan dibuat. Oleh itu diminta semua sekolah bersedia.
- Guru Bimbingan lebih dari seorang
- Jika guru bimbingan di sekolah lebih daripada seorang pastikan tugas-tugas guru bimbingan dibahagikan antara mereka supaya kerja yang berat akan menjadi ringan bila dibuat bersama-sama.